Komplot kali ini bermula seawal jam 5 pagi.. iaitu berkumpul di pasar borong alor star.. buat apa lagi cari umpan kembung laa.. tekong dah pesan kul 7 satgi cam mana pun kena keluar dah sebab ayaq surut awai.. kalau lambat satgi pakai mengail kat tandop dulang tu laa jawapnyaaa..
Lebih kurang jam 6.45 pagi kami sampai di sungai dulang.. bila tengok ayaq dah semakin surut .. apa lagi cepat2 bawa naik kelengkapan bertarung ke atas bot.. tekong pun dah ada.. alhamdulillah sempat gak bot keluar menyusuri kuala yang dah semakin menampakkan dasar lumpur tuh..
beberapa buah bot sedang mencari borek idup..
Perjalanan ke tuas ni dirasakan agak jauh kerana menurut Ah Meng tuas kali ni baru berusia 3 bulan.. dan agak jauh dari tuas-tuas yang lain .. ermmm kalau hasilnya berbaloi jauh pun x pa..tak lama kami pun sampai ke lubuk yang di tuju.. apa lagi.. senjata yang dah siap dipasang dari tadi segera di labuhkan mencari mangsa...hasil pertama pagi tu.. golok lebih kurang 2 kg
tak sampai 2 jam sudah hampir 6 ekor tenggiri di tumpaskan...
gancu! gancu! pertarungan Ah Meng disaksikan oleh tekong ...
Di dalam keseronokan bertarung itu tiba2 hari menjadi kelam dan kelihatan awan hitam sedang menuju ke arah kami... dan.. tiba2 hujan turun dengan lebatnya... walaupun dalam keadaan hujan lebat tenggiri masih berselera menyambar umpan tetapi sayangnya saat itu tidak dapat dirakam atas faktor keselamatan kamera..
keseluruhan hasil tangkapan
tenggiri : 20 ekor
golok/belitung : 10 ekor
kerisi,cencaru : tak dan kira...
acara membahagi hasil tangkapan
Secara keseluruhannya trip kali ini dianggap amat berjaya dan sudah pasti trip yang lain pula akan menyusul selepas ini... insyaallah...