Setelah hampir 2 purnama bok kail tak beraksi .. trip terbaru ke Tuas Yan telah di atur bagi mengubat kekumpauan pada trip kami yang pertama ke tuas dahulu... mengikut ramalan tuan penasihat ( Pak'aq - 25% ) trip pada kali ini juga berkemungkinan menemui jalan kumpau berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta keadaan angin kencang yang pastinya akan membuai-buai segala isi perut kami ini yang tak berapa mangli ke lauttt..... namun begitu dengan keazaman yang teguh dan misi dan visi untuk menewaskan pahlawan tuas telah mendorong kami meneruskan perjuangan.. antara pendekar laut yang di tugaskan kali ini adalah :
- Saad ( Cheif Pendekar ) - import khas dr Indera Kayangan
- Adyputra - tekong darat
- Ayen - co tekong darat
- Bokry - exco umpan dan ubat mabuk..hehehe..
- Shai - lari dari kemas umah baru...hahahha..
- Nash - ahli terbaru ILPA
xpdc yang sepatutnya bermula jam 6 pagi melewati sehingga ke 6 setengah berikutan tekong darat x sedaq diri d rumah.. woii... kul 6 dah ni... awat x mai lg..?? lebih kurang kul 7.10 kami baru smp di umah bokry... dan terus menghala ke Yan menyusuri jalan yang sesak dengan bebudak nak p skolah.... aduss... kul brapa baru leh smp nih.. akhirnya pada jam 8.15 baru kami smp d kola dulang... terkejut gak kami sebab ramai sungguh kaki pancing yang nak k tuas pagi tuh.. nak parking keta pun x da tempat... tak lama pastu tekong kami Pak Cha a.k.a. Bang Cha smp dan mengarahkan kami ke bot yang dah siap menunggu...
perjalanan ke tuas...
Pak Cha ...
aksi pertama dari shai - gergasi misteri melarikan umpan ke arah tuas... dan akhirnya berjaya melepaskan diri..
Aksi seterusnya... tenggiri dari Pak Cha... berumpankan borek idup...
Gaya interprem dari shai dan disaksikan saad yang ketika ni di ranking pertama dengan tangkapan 3 ekor tenggiri.. tapi aksinya tidak sempat di rakam.. sian kat hang ad... nak wat camna... cameraman sorang jaaa... pastu pening lalat lak.. pegang camera pun dah x betul....
time aku bawak naik ikan hg x klik... laa ni baru nak amik...
aksi tekong darat dengan baju kalis pluru terbaru..hahaha..
dalam kul 5 ptg kami bertolak balik ke kola dulang... masa tu alun masih lagi kuat... Pak Cha terpaksa memandu perlahan dan berhati2.... akhirnya selamat juga sampai ke tebing... smp ja kat tepi kami berasa sangat bersyukur kerana telah berjaya smp dengan selamat dan dikurniakan dengan rezeki yang baik... Alhamdulillah.. acara lepas tu lak membahagikan hasil tangkapan.... dan pulang ler.....ermmm....next time kita atoq lain..ok..
akhirnya aku berjaya !! laung saad yang berjaya menewaskan 7 ekoq sukhoi... kira penyumbang terbesar pada trip kali ini.. dan mungkin seterusnya... hehehe.. tangan hang memang manjadi ad.. ada baca kaa... ;)
tekong darat bersama exco ubat mabuk... tapi skali ngan dia piiiii....hangpa punya ubat mabok dah expired tau dak... skali ngan aku terkenaa... siul...
antara spesis bersisik yang diperolehi...