Tarikh komplot : 9 November 2008
Ahlul :
Lekler
Abg Zai
Zaidi
Bokri
Abg Semail
Shai
Saad
Anak menakan bokri
December 03, 2008
TUAS YAN LAGI...
December 02, 2008
BELAT KOLA SANGLANG
Tarikh komplot : 20.10.2008
Trip kali nih di atoq oleh Azrel yang baru saja transfer ke kangaq dari jitra..
Ahlul terdiri dari JTM anglers ( Jitra + Kangaq )
camar dok follow dari belakang bot.. nunggu peluang nak sambaq anak ikan yang dok main ayaq.
October 14, 2008
PULAU 3 : TRIP PENUTUP RAMADHAN 1429
Seawal jam 5 pagi perjalanan bermula ke umah shai di bukit pinang.Setelah di loadingkan semua pekakas dlm perut kenari kami terus memulakan perjalanan ke gurun sbb nak pickup sorang lagi member di sana.. Dalam perjalanan tu cikgu azizan tepon tanya ada d mana.. hgpa sesat ka.. memang jalan nak masuk ke lokasi parking bot tu agak sukar dikesan.. maklumler first timer nak p P3..tapi atas sumber maklumat dari member ( Bro Jat : mekasih sbb bagi guide simpang mini tar tuh..hehehe..) akhirnya kami smp juga walaupun pada awalnya mmg dah tersalah simpang.. hehe. lebih kurang jam 7 pg baru kami smp ke lokasi..ketibaan kami di sambut oleh cikgu azizan.. menurut c.azizan kami akan di bawa oleh pak teh kerana beliau ada sedikit urusan di k.nerang.. tanpa berlengah masa semua kelengkapan dimuatkan ke dalam bot dan operasipun bermula....
Bekalan umpan udang hidup yang telah Pak Teh sediakan....
Pemburuan bermula... Lokasi pertama yang kami singgah kurang kelibat siakap.. mungkin waktu ini air baru nak pasang... yang kelihatan cuma kelibat2 ikan bulan sedang bermain di permukaan... tak lama kemudian air mula pasang dan baru kami menerima beberapa ragutan.. tetapi hanya dari sekap skala 400gm... tak lama pas tuh Pak Teh ajak ubah ke lokasi kedua...
Jeng Jeng Jeng...
yahoo.. lesen P3
WOI.. hg pa nak mengai ka apa.. ikan tengah dok galak nih ambik dulu.. ( Pak Teh ) hihi.. sorry ler teruja laa Pak Teh.. Port kedua yang kami singgah mmg galak.. kami menaikkan 7 ekor sekap di situ... 3 ekor berskala lebih dari 1 kilo.. baki 4 ekor dari saiz 400 ke 800gm..
lebih kurang jam 12.30 kami balik ke pengkalan sbb air dah pasang penuh dan tak bergerak lagi.. ikan pun dah tak galak mcm pagi tadi..smp di pengkalan kami berehatkan diri sambil mandi.. selesai solat zohor kami repeat balik sampai kul 4 ptg.. tapi sebelah petang hasilnya hanya seekor bulan...
MEMBURU TOMAN DI ALUR
1 : TA dan xjio meninjau spot paling menarik untuk memulakan casting
2 : Sifu TA memulakan casting sambil mulutnya kumat kamit membacakan sesuatu yang aku x braper nak paham.. mungkin dia panggil bapak toman kluar dari lubuk kot..hahahaaa
3 : Xjio meneliti senjata buruannya sebelum memulakan cast..
Hasil pertama pada pagi tu... sapa lagi kalau bukan sifu TA.. "tuan tanah".. dan tak lama pas tuh TA buleh toman lak.. tapi x dan amik gambaq sebab sumer teruja nak bawak naik toman... ... tetiba spinner steel aku mendapat sambaran... hasilnya..
lesen toman pertama aku... syokk ooo.... ... pastuh sifu TA lagi mendapat sambaran ...
TA melakukan CnR...dalam pada itu kelihatan xjio bersungguh-sungguh mencari spot menarik menaikkan tomannya.... dan hasilnya...
kesemua toman yang ditangkap telah dilepaskan semula ke habitatnya supaya ia dapat membesar.. dan lepas nih kita casting lagi..seterusnya dua ekor toman lagi di CnR tetapi di lokasi rahsia yang lain... ini bertujuan untuk menambahkan lagi port rahsia untuk cast toman lepas nih..
acara CnR toman di port rahsia yang baru... sekian dulu untuk kali nih.. kepada TA dan xjio mekasih bebanyak sebab tumpangkan aku kat port rahsia korang..
September 14, 2008
RAMADHAN AL-MUBARAK
Bulan Ramadhan yang mulia kini kembali.. so aktiviti mengail pada bulan nih taklah serancak sebelumnya.. ambil peluang melipat gandakan pahala di bulan yang mulia ini... lepas raya nih kita atoq lain ...
August 27, 2008
TUAS YAN PART 3
- Saad ( Cheif Pendekar ) - import khas dr Indera Kayangan
- Adyputra - tekong darat
- Ayen - co tekong darat
- Bokry - exco umpan dan ubat mabuk..hehehe..
- Shai - lari dari kemas umah baru...hahahha..
- Nash - ahli terbaru ILPA
xpdc yang sepatutnya bermula jam 6 pagi melewati sehingga ke 6 setengah berikutan tekong darat x sedaq diri d rumah.. woii... kul 6 dah ni... awat x mai lg..?? lebih kurang kul 7.10 kami baru smp di umah bokry... dan terus menghala ke Yan menyusuri jalan yang sesak dengan bebudak nak p skolah.... aduss... kul brapa baru leh smp nih.. akhirnya pada jam 8.15 baru kami smp d kola dulang... terkejut gak kami sebab ramai sungguh kaki pancing yang nak k tuas pagi tuh.. nak parking keta pun x da tempat... tak lama pastu tekong kami Pak Cha a.k.a. Bang Cha smp dan mengarahkan kami ke bot yang dah siap menunggu...
Baca laporan lain
-
Sometimes it's just too difficult to carry a live bait aerator. Here's how to keep your shrimp alive without one! Find a small ice ...
-
Di bawah ini adalah jenis-jenis perambut yang digunakan untuk pancingan ikan air tawar.Koleksi perambut ini adalah hasil tangan Bro Heraja M...