October 14, 2008

MEMBURU TOMAN DI ALUR

Salam... segalanya bermula setelah selesai mengcasting bulan di air itam pada jumaat lepas bersama jat,toman aloq dan pari pasir.. mail si toman alor mencadangkan untuk meninjau "port toman rahsia" pada keesokan harinya berikutan acara membulan ari tuh hanya diserikan dua ekoq bulan bersaiz junevil dan temekung jaa.. ini mungkin kerana faktor air yang agak keruh pada hari tersebut dan menghadkan penglihatan bulan untuk menyambar gewang serta umpan...Hari yang ditunggu... seawal jam 7.30 pagi aku dah terpacak di lokasi menunggu seperti yang diarahkan oleh TA semalam.. dalam hati mmg teruja gila sebab ni kira first time aku mengail toman.. dan satu lg sebab TA akan menunjukkan port rahsia beliau serta rakan SA.. "orang lain tak tau port nih" kata dia... lebih kurang jam 8 TA sampai kat lokasi menunggu aku dan disusuli oleh jejaka yang aku rasa cam biasa tengok jaa kat dalam forum MFN.. jejaka berjersi LIVERPOOL nih.. sapa lg kalau bukan xjiooo.. tanpa berlengah kami pun terus ke lokasi rahsia team SA.. "kita kena naik moto... keta x leh masuk sana..jalan teruk.." kata sifu mail.. tak lama kemudian kami pun sampai ke lubuk yang dimaksudkan..

1 : TA dan xjio meninjau spot paling menarik untuk memulakan casting

2 : Sifu TA memulakan casting sambil mulutnya kumat kamit membacakan sesuatu yang aku x braper nak paham.. mungkin dia panggil bapak toman kluar dari lubuk kot..hahahaaa

3 : Xjio meneliti senjata buruannya sebelum memulakan cast..

Hasil pertama pada pagi tu... sapa lagi kalau bukan sifu TA.. "tuan tanah".. dan tak lama pas tuh TA buleh toman lak.. tapi x dan amik gambaq sebab sumer teruja nak bawak naik toman... ... tetiba spinner steel aku mendapat sambaran... hasilnya..

lesen toman pertama aku... syokk ooo.... ... pastuh sifu TA lagi mendapat sambaran ...
TA melakukan CnR...dalam pada itu kelihatan xjio bersungguh-sungguh mencari spot menarik menaikkan tomannya.... dan hasilnya...



xjio bersama toman dan CnR...

kesemua toman yang ditangkap telah dilepaskan semula ke habitatnya supaya ia dapat membesar.. dan lepas nih kita casting lagi..seterusnya dua ekor toman lagi di CnR tetapi di lokasi rahsia yang lain... ini bertujuan untuk menambahkan lagi port rahsia untuk cast toman lepas nih..


acara CnR toman di port rahsia yang baru... sekian dulu untuk kali nih.. kepada TA dan xjio mekasih bebanyak sebab tumpangkan aku kat port rahsia korang..


No comments:

Post a Comment

Baca laporan lain