October 14, 2008

PULAU 3 : TRIP PENUTUP RAMADHAN 1429



Seawal jam 5 pagi perjalanan bermula ke umah shai di bukit pinang.Setelah di loadingkan semua pekakas dlm perut kenari kami terus memulakan perjalanan ke gurun sbb nak pickup sorang lagi member di sana.. Dalam perjalanan tu cikgu azizan tepon tanya ada d mana.. hgpa sesat ka.. memang jalan nak masuk ke lokasi parking bot tu agak sukar dikesan.. maklumler first timer nak p P3..tapi atas sumber maklumat dari member ( Bro Jat : mekasih sbb bagi guide simpang mini tar tuh..hehehe..) akhirnya kami smp juga walaupun pada awalnya mmg dah tersalah simpang.. hehe. lebih kurang jam 7 pg baru kami smp ke lokasi..ketibaan kami di sambut oleh cikgu azizan.. menurut c.azizan kami akan di bawa oleh pak teh kerana beliau ada sedikit urusan di k.nerang.. tanpa berlengah masa semua kelengkapan dimuatkan ke dalam bot dan operasipun bermula....


Bekalan umpan udang hidup yang telah Pak Teh sediakan....


Pemburuan bermula... Lokasi pertama yang kami singgah kurang kelibat siakap.. mungkin waktu ini air baru nak pasang... yang kelihatan cuma kelibat2 ikan bulan sedang bermain di permukaan... tak lama kemudian air mula pasang dan baru kami menerima beberapa ragutan.. tetapi hanya dari sekap skala 400gm... tak lama pas tuh Pak Teh ajak ubah ke lokasi kedua...

Jeng Jeng Jeng...

Haaa.. Buleh dah...


yahoo.. lesen P3




ada lagi... lesen2....

WOI.. hg pa nak mengai ka apa.. ikan tengah dok galak nih ambik dulu.. ( Pak Teh ) hihi.. sorry ler teruja laa Pak Teh.. Port kedua yang kami singgah mmg galak.. kami menaikkan 7 ekor sekap di situ... 3 ekor berskala lebih dari 1 kilo.. baki 4 ekor dari saiz 400 ke 800gm..


Sekap di lokasi kedua Pak Teh...



Jom kita ubah.. p port lain plak kata Pak Teh..

lebih kurang jam 12.30 kami balik ke pengkalan sbb air dah pasang penuh dan tak bergerak lagi.. ikan pun dah tak galak mcm pagi tadi..smp di pengkalan kami berehatkan diri sambil mandi.. selesai solat zohor kami repeat balik sampai kul 4 ptg.. tapi sebelah petang hasilnya hanya seekor bulan...


Hasil keseluruhan ....

Sekap terbesar trip penutup ramadhan.... marbeless..

MEMBURU TOMAN DI ALUR

Salam... segalanya bermula setelah selesai mengcasting bulan di air itam pada jumaat lepas bersama jat,toman aloq dan pari pasir.. mail si toman alor mencadangkan untuk meninjau "port toman rahsia" pada keesokan harinya berikutan acara membulan ari tuh hanya diserikan dua ekoq bulan bersaiz junevil dan temekung jaa.. ini mungkin kerana faktor air yang agak keruh pada hari tersebut dan menghadkan penglihatan bulan untuk menyambar gewang serta umpan...Hari yang ditunggu... seawal jam 7.30 pagi aku dah terpacak di lokasi menunggu seperti yang diarahkan oleh TA semalam.. dalam hati mmg teruja gila sebab ni kira first time aku mengail toman.. dan satu lg sebab TA akan menunjukkan port rahsia beliau serta rakan SA.. "orang lain tak tau port nih" kata dia... lebih kurang jam 8 TA sampai kat lokasi menunggu aku dan disusuli oleh jejaka yang aku rasa cam biasa tengok jaa kat dalam forum MFN.. jejaka berjersi LIVERPOOL nih.. sapa lg kalau bukan xjiooo.. tanpa berlengah kami pun terus ke lokasi rahsia team SA.. "kita kena naik moto... keta x leh masuk sana..jalan teruk.." kata sifu mail.. tak lama kemudian kami pun sampai ke lubuk yang dimaksudkan..

1 : TA dan xjio meninjau spot paling menarik untuk memulakan casting

2 : Sifu TA memulakan casting sambil mulutnya kumat kamit membacakan sesuatu yang aku x braper nak paham.. mungkin dia panggil bapak toman kluar dari lubuk kot..hahahaaa

3 : Xjio meneliti senjata buruannya sebelum memulakan cast..

Hasil pertama pada pagi tu... sapa lagi kalau bukan sifu TA.. "tuan tanah".. dan tak lama pas tuh TA buleh toman lak.. tapi x dan amik gambaq sebab sumer teruja nak bawak naik toman... ... tetiba spinner steel aku mendapat sambaran... hasilnya..

lesen toman pertama aku... syokk ooo.... ... pastuh sifu TA lagi mendapat sambaran ...
TA melakukan CnR...dalam pada itu kelihatan xjio bersungguh-sungguh mencari spot menarik menaikkan tomannya.... dan hasilnya...



xjio bersama toman dan CnR...

kesemua toman yang ditangkap telah dilepaskan semula ke habitatnya supaya ia dapat membesar.. dan lepas nih kita casting lagi..seterusnya dua ekor toman lagi di CnR tetapi di lokasi rahsia yang lain... ini bertujuan untuk menambahkan lagi port rahsia untuk cast toman lepas nih..


acara CnR toman di port rahsia yang baru... sekian dulu untuk kali nih.. kepada TA dan xjio mekasih bebanyak sebab tumpangkan aku kat port rahsia korang..


Baca laporan lain